Saturday 8 August 2015

KEPENTINGAN PERAKAUNAN KEPADA PERNIAGAAN

Peranan sistem perakaunan kepada perniagaan adalah penting tidak kira saiz perniagaan tersebut kerana ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi sesebuah perniagaan. Perakaunan adalah dianggap sebagai bahasa perniagaan. Ianya dapat memberitahu kepada pemiliknya dan orang yang berkepetingan dengan perniagaan akan kedudukan kewangan pada sesuatu tempoh masa.

Bukankah objektif utama dalam perniagaan ialah mencari keuntungan?

Maksud di sini adalah keuntungan kewangan. Untuk mengira keuntungan, usahawan harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya. Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperoleh.

Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi. Dan yang lebih penting adakah keuntungan perniagaan sama dengan jumlah tunai dalam perniagaan.

Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukan suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.

Jelas dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan.

No comments:

Post a Comment